1992
Selaras dengan usia gua yang masih hijau, gua berazam nak kurangkan main parit,kurangkan tangkap berudu,supaya tahun berikutnya gua dapat fokus kepada aktiviti kerohanian seperti mengaji muqaddam
**zaman gua iqra’ belum dicetak.pakai muqaddam yang plastik2 adalah kebanggaan terbesar gua masa mengaji kat rumah Mak Jah.
AZAM GUA TERCAPAI! Gua khatam Al-Quran seawal usia 7 tahun!tahun tu jugak mak gua buat kenduri khatam Al-quran!orang kampung terkejut,dan gua mula dinobatkan sebagai kanak-kanak contoh kampung 1994/1995!
1996
Gua berharap gua dapat kekalkan prestasi gua dengan menduduki no 1. Perkara perkara seperti main kejar kejar dan main rebut tiang perlu gua stop bagi memberi laluan kepada matapelajaran hadith dan tauhid serta kaedah membuat topeng power rangers.
AZAM GUA TERCAPAI! Gua dapat no 1 dalam kelas gua 3 kali peperiksaan berturut2,dan disebabkan purata markah gua sume berada di kemuncak 90% (semua 90%++),mak gua belikan gua komputer! :D tangkap belalang?apa barang.kini gua kanak-kanak cyber!gua lebih khusyuk melayan Prince of Persia dan Need for Speed!
1999
Dah masuk darjah 6 ni gua slow2 nak berenti bawak bekal nasik ke sekolah,tekak gua sekali sekala nak merasa hotdog kantin dengan air sirap pulak..Baru la nampak gaya budak sekolah rendah yang KBKK serta indiependent.
AZAM GUA TERCAPAI! Bukan setakat gua dapat makan kat kantin,malah mak gua kali ni belikan gua bekal.kadang2 gua bawak nasik ambang,kadang2 nasik lemak,dan kadang2 roti canai!memember gua yg kaya pun terus sawan melihat bekal gua.gua mula tak pandang hotdog kantin!
2000
Gua nak hafal doa qunut dan ayat kursi dengan lebih fluent dah berazam tak mau tinggal semayang subuh.
**gua form 1 sekolah agama, duduk asrama.gua memang selalu ponteng semayang subuh sebab gua terasa selesa takde bapak gua rotan gua pagi2 untuk semayang subuh.pasal doa qunut tu, gua dah hafal sebenarnya.cuma ada 1 ayat yang tak brape nak singgah kepala otak gua bila gua baca.ayat tu yang gua kena pacak dalam otak!
AZAM GUA TERCAPAI! Bukan setakat gua hafal doa qunut, gua berjaya hafal bacaan sujud sahwi yang gua tak berapa nak amik pedulik sebelum ni!gua berjaya khatam Al-Quran 4 kali tahun ni (penangan sekolah agama) dan gua memang turun semayang walaupun gua masih berdiri tertido sedangkan imam dah pun bagi salam!
2004
Harapan gua duit belanja sekolah meningkat kepada 70 % sekali dengan subsidi belanja kelas tambahan sebab gua dah masuk sekolah menengah..Aspek kewangan gua perlu lebih diberi perhatian bagi memberi ruang untuk gua petik henset yang lebih polyfonik serta ada kaler.
AZAM GUA TERCAPAI! Dulu gua dapat duit belanja rm50 sebulan.sekarang duit belanja gua rm2 sehari.kenaikan sebanyak 20% tak memadai,kerana kini gua sudah pakai motorsikal kapcai.tapi gua cuba cukup2kan jugak dengan meminta elaun komik dan elaun milage motor.tapi alhamdulillah hp polyfonik/kaler tu gua dapat.gua pakai nokia 3100.
2007
Gua berdoa semoga result STPM tak buat celaka dengan gua.
AZAM GUA TERCAPAI! Gua dapat masuk universiti dengan jayanya!SPM?persetankan semua itu!
2011
Harapan gua tahun ni…..gua ingat dah kena start angkat peti ais pagi pagi sebab tahun ni gua punya azam….
*****
****
***
**
*

Amacam?..perkara macam ni memang susah nak develop tapi ini baru azam yang betul betul daring..